Jumaat, 15 Jun 2007

Tafsir Hadith - Radio Brunei Rangkaian Nur Islam


Dari Muaz bin Jabal, Rasullulah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:-

Aku tinggalkan wasiat kpdmu iaitu jgnlah tinggalkan doa ini,


"Ya Allah Ya Tuhanku

Tolonglah Aku untuk aku sentiasa mengingatiMu dan bersyukur dengan nikmatMu dan mengerjakan seelok2 ibadat kepadamu"


Tafsirannya

"Jgn tinggalkan doa", bermaksud utk supaya tidak melupakan doa ini atau sentiasa membacanya selepas solat. Mengingati Allah, iaitu Zikrullah - takut dan harapan terhadap Allah, belajar dan mengajar agama. Kerana dunia telah menyibukkan hamba. Mereka yg sibuk dgn dunia2 semata2 adalah org yg cuai.


Bersyukur dengan nikmat Allah (cth: Alhamdullilah, Subhannallah, menyerah bulat2 kpd Allah dan redha kpd Allah) dan mengerjakan seelok2 ibadat kepadamu. Berdoalah nescaya Allah akan mengabulkannya. Berdoa dengan penuh pengharapan dan rendah diri.


Musibah

Apabila menghadapi kesukaran atau kesusahan atau musibah, sebutlah “Innalillah hi wainna, ilaihi....”

Tiada ulasan: