Khamis, 31 Januari 2008

Dato' Ishar Baharom Meninggal 30 Jan 2008

Al-Fadhil Ustaz Dato' Ismail Baharom telah disahkan meninggal dunia pada Rabu, 30 Jan, 2008 lebih kurang jam 3.05 ptg di Hospital Sg Buluh. Beliau telah di solatkan pada 31 Jan, jam 9.30 pg ini di Andalas Kelang.

Dato' Ismail Baharom adalah bekas mufti Selangor yang telah memfatwakan bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram pada tahun 1997. Setelah mengeluarkan fatwa tersebut, beliau telah dipecat.

Mudah2an Allah sentiasa merahmatinya, menjadikan beliau salah seorang daripada kekasih-kekasihNya dan meletakkan rohnya bersama-sama para syuhada dan solihin.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Dato' Ismail Baharom.

Isnin, 14 Januari 2008

Pergaulan Nabi dgn Isteri

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Sumber: Kuliah IKIM jam 9 mlm
Tarikh: 8 Jun, 2007
  • Nabi Muhammad S.A.W. tidak akan hadir majlis sosial jika isterinya juga tidak dijemput.
  • Ketika isteri beliau akan menaiki unta, beliau menyediakan pehanya untuk dipijak isterinya supaya isterinya mudah menaiki unta. Mungkin zaman ini kita membukakan pintu untuk isteri kita.
  • Disamping itu, Rasulullah juga menolong mengangkat air, menjahit dan menampal kasut.
Jika seorang suami bersabar dan berbuat baik kepada isterinya walaupun isterinya berkasar terhadapnya Allah akan mengurniakan kebaikan kepada si suami sebagaimana kebaikan yang diberikan oleh si suami kepada isteri.

Seorang suami yang dapat memasuki syurga telah di tahan oleh isterinya (dlm perjalanan tersebut). Alasannya kerana waktu di dunia, suaminya tidak menegur beliau dalam hal agama. Akibatnya si suami juga memasuki neraka. Oleh itu sama-samalah kita sentiasa memastikan bahawa isteri2 kita juga sentiasa solat 5 waktu, membaca Al-Quran, berpuasa dsb.

Tujuan Hidup

A'kum.

Pada Khutbah Jumaat 4 May, 2007 di sebuah Masjid di KL, diterangkan mengenai tujuan hidup di dunia.

Melalui surah Az Zariat ayat 56-58 tujuan manusia hidup di dunia ini ialah untuk mengabdikan diri pada Allah S.W.T. Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W. telah memberi kita "guideline" iaitu:-
  • Membaca dan mengamalkan Al-Quran
  • Mengikuti Sunnah Rasulullah
  • Selalu Mengingati Mati
Membaca dan mengamalkan Al-Quran dan mengikuti Sunnah Rasulullah biasa kita dengar. Tetapi dengan selalu mengingati mati kita akan sentiasa muhasabah diri. Apabila seseorang itu telah ditentukan memasuki neraka (akibat perbuatannya di dunia) diakhirat kelak, pada saat beliau menghadapi kematian, Mala'ikat akan memukul kepala & belakang orang nazak itu.

Ketahuilah bahawa Al-Quran dan Sunnah Rasulullah banyak menyebut bahawa kehidupan dunia ini bersifat sementara manakala yg kekal abadi ialah akhirat semata-mata. Oleh itu ikutilah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Bagaimana caranya ? Dengan merujuk kepada ulama, ustaz & apa2 yg mereka telah tulis di Internet, buku, di dalam kuliah2 agama dan lain-lain lagi.