Jumaat, 15 Jun 2007

Assalamu'alaikum

Ini adalah posting saya yang pertama setelah tidak mem'blog' buat beberapa lama. Oleh itu, mungkin terdapat banyak kelemahan dari segi layout dan design. Susah juga nak customize. Saya juga mengharapkan tunjuk ajar dan nasihat dari segi agama jika ada yg saya tulis tidak betul atau kurang tepat. Saya hanyalah org awam.

Lillahi Ta'ala
Segala yang kita lakukan hendaklah Lillahi ta'ala - kerana Allah Ta'ala semata2. Samaada untuk mendapatkan kasih sayang Allah atau mendapatkan keredhaannya. Inilah keikhlasan yang paling tinggi. Maha Suci Allah yang Maha Tinggi dan Maha Penyayang terhadap hamba2nya yang ikhlas.

Mudah2an kita tergolong ke dalam golongan yang benar2 ikhlas Lillah Hi Ta'ala.

Fakir
Apa yang kita ada ? Kita bernafas guna oksigen. Siapa cipta oksigen ? Boleh manusia cipta oksigen untuk memenuhi satu bumi ini ?

Kita berfikir menggunakan otak. Siapa cipta otak manusia ? Boleh manusia cipta otak artificial yg mempunyai perasaan ?

Dan yang paling pelik sekali, manusia berjaya cipta clone biri2. Tapi adakah pakar yg berjaya cipta clone biri2 tu juga "membekalkan" nyawa kepada clone biri2 tersebut ? Jadi siapa pulak yang bagi nyawa pada biri2 tersebut ? Iaitu yg beri nyawa/roh kepada kita.

Cubalah bayangkan jika Allah tiada mempunyai sifat Ar-Rahman, Ar-Rahim. Tiap kali kita mengumpat misalannya, Allah tarik balik nikmat mulut dan pita suara kita, sebagai denda sebab mengumpat, so tak blh cakaplah. Apabila kita tak solat, Allah block oksigen sampailah kita pi solat. Maha Suci Allah, dgn sifat Ar-Rahman, Ar-RahimNya dia bagi juga walaupun ada manusia derhaka kepada dia. Marilah kita sentiasa bersyukur kerana Ar-RahmanNya, Ar-RahimNya.

Habih tu, kita dapat oksigen dari Allah, pita suara (bercakap) dari Allah, nikmat dpt berfikir dari Allah, rezeki anak, duit gaji, semuanya dari Allah. Ye lah, kalau Allah ilhamkan pada boss kita supaya pecat kita ke, tak ke kita tak de keje. Atau Allah ilhamkan supaya takde customer dtg kpd boss kita. So, boss kita pun lama2 takde duit nak bayar gaji kita. Dlm perkataan lain, dgn izin Allah jualah kita boleh dapat gaji. So, semuanya kena datang dari Allah atau dengan izin Allah, habeh tu, apa yg betul2 dari kita *sahaja* ? Maksudnya, ada tak sesuatu yg ada pada kita ini, adalah 100% hasil kita, tanpa ada sebarang campurtangan Allah ? Takde, so, takke kita ni fakir sebenarnya ?

Dan sebagai org yg fakir, yg mana kesemuanya dgn izin Allah, kenapa kita tak nak sembahyang 5 waktu juga untuk bersyukur kepada Allah atas oksigen yg kita dapat ? Kenapa kita tak nak pi sembahyang Jumaat utk mendengar nasihat ? Kenapa bulan posa kita pi beli mkn tgh ? Kenapa kedekut sangan utk bagi zakat pendapatan walhal Allah dah sebut dlm Al-Quran ? Kenapa tak nak baca Al-Quran ? Sanggup main bola, sanggup cari bisnes/customer sampai balik tgh mlm, tapi tak sanggup nak pi mesjid utk dengar kuliah ?

Bertaubatlah dan bersyukurlah kpd Allah sebelum Allah "denda" kamu dengan kematian.

Mudah2an tulisan saya ini memberi kesedaran kepada pembaca untuk kepada bertaubat kepadaNya.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan: