Jumaat, 15 Jun 2007

kita hidup lama lagi

Assalamu'alaikum.

Mudah2an kita sentiasa di rahmati oleh Allah S.W.T. Saya tulis sikit je.

"Enjoy dulu, kita ni muda lagi". Yg lain berkata "lama lagi nak mati...tak yah bertaubat".

Bukan nak kutuk ye. Saya minta maaf jika ada yg terasa. Cuba concentrate baca di bawah ni betul2.

Kalau kita baca Quran, Allah menceritakan bahawa ada beberapa golongan berkata sesama sendiri ketika di akhirat. Seorang bertanya berapa lama hidup di dunia manakala yang menjawab 10 hari dan ada yg jawab sekejap sahaja. Tidak kiralah berapa hari mereka kata, tetapi kira tak sampai 2 minggu. Kalau setiap hari kita datang pejabat, hujung minggu ada aktiviti sahaja, maka 2 minggu tu sekejap sahaja kita rasakan bukan ?

Berdasarkan di atas, kita dah blh imagine ye, masa kita di akhirat nanti, kita akan rasa kita hidup di dunia ni sebentar sahaja, hidup di dunia ni macam kita duduk khusyuk tengok wayang je, tup tup...dah tamat. Jadi yg kita akan rasa kita duduk amat lama ialah di akhirat itu nanti berbanding hidup di dunia.

Di Malaysia ni, kalau perogol akan di hukum sebat. Hukuman sebat ni kena 3 atau 4 kali di punggung, terus koyak kulit punggong ni sampai nampak daging punggong. Lepas kena sebat kali ke 4, pesalah tu sebut "Allah" sambil punggongnya kembang-kuncup menahan kesakitan yg amat sangat. Ni saya tengok sendiri org kena sebat.

Memanglah insya'allah semua org yg beriman (walaupun sedikit imannya) akan dapat masuk syurga akhirnya. Tapi bayangkan, kita kena masuk neraka dahulu. Dan panasnya api neraka membakar kulit kita berkali ganda lebih sakit daripada kena hukuman sebat yg saya cerita di atas. Itu pun kulit kita akan dibakar sehingga ke daging dan kemudian ke tulang sampai hancur, kemudian akan di "generate" kan semula, kemudian di bakar semula seluruh tubuh kita, di generate semula, di bakar semula seluruh tubuh, sehinggalah kemudiannya dgn Rahmat Allah, dapatlah masuk syurga. Sanggup tahan kena bakar kat neraka ?

Terpulanglah pada anda, nak buat lawak dgn nasihat ni pun ikut suka saya tak marah, sebab hidayah tu milik Allah, tapi janganlah kita bagi alasan, "takde hidayah". Perlu berdo'a mudah2an Allah beri hidayah atau petunjuk kepada kita utk bertaubat dengan sebenar2 taubat dan kembali kepada jln yg Allah & RasulNya. Bagaimana nak berdoa ? Maka pasang niat dulu dalam hati dan sebut sekadar kita boleh dengar "aku nak taubat kpd Allah, aku nak taubat kpd Allah, aku nak taubat Allah". mudah2an kalau di dengari oleh mala'ikat, mala'ikat akan berdo'a supaya Allah bantu kita bertaubat dan dilindungi dari godaan syaitan. Kemudian, kuatkan semangat dan iltizam, make sure dah ada berdekatan mesjid pada salah satu waktu2 berikut:-

7.15 ptg
8.30 mlm
1.10 tgh
4.30 ptg

Ini bagi yg tinggal di area KL/Lembah Klang. Tak lama kemudian, kamu akan dengar azan dan apabila habis azan, menghadap kiblat (kalau tau wudhu' ambil wudhu'), berdo'alah dgn bersungguh2, merendah diri laksana seorang pesalah yg kena hukum oleh hakim, menundukkan muka, mengharapkan hanya kepada Allah untuk mengampunkan dan menerima taubat.

"Ya Allah Yg Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat
Yg Maha Mendengar dan Melihat
La'ilaha'illah Astagfirullah Hal Azim
aku telah membuat dosa (sebut dosa kamu jika ianya banyak atau ingatkan dosa tersebut di dalam hati sahaja tanpa perlu menyebut)
tidak sembahyang
(jika tidak sembahyang)
aku akui Ya Allah segala dosa2ku
tolonglah jgn timpakan aku dgn bala di dunia
ampunilah aku dan aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar2 taubat
Aku takut akan api nerakaMu, yg kekal membakar org2 mempunyai dosa seperti aku maka terimalah taubatku dan lindungilah aku dari api nerakaMu yg sangat panas"


Kalau tak boleh atau tak sempat, call sesiapa yg kita kenal selalu berjemaah di mesjid, minta dia do'akan supaya kita kembali bertaubat. Kalau malu, belanjalah dia makan tgh ke, mintak dia tutup mulut jgn bagitau org lain. ;-)

Orang yang nak bertaubat ni akan dapat banyak godaan syaitan. Maka lepas bertaubat pi mesjid yg ada ceramah agama, lepas habis ceramah tersebut, jumpa ustaz, bagitau nak jumpa personally. Atau lepas habis khutbah jumaat, jumpa Imam mesjid bagitau nak jumpa personally. Beritahu ustaz/imam bahawa kita dah bertaubat atau nak bertaubat. Jangan beritahu dosa/kesalahan kita yg lampau. Kalau dia tanya, jawab, "Maaf itu antara saya dan Allah". Sebab kalau kita "hide" dosa kita, insya'allah Allah akan tutup kesalahan kita di akhirat kelak. Kemudian minta ustaz tu do'akan kita supaya Allah tolong kita, pimpin kita utk bertaubat, lindungi kita dari godaan syaitan dan menjadi manusia yg benar2 beriman dgn sebenar2 iman dan bertakwa dgn sebenar2 takwa. Dan minta ustaz tu tunjuk ajar kita macammana nak bertaubat.

Mungkin ada pertikaikan, kenapa perlu jumpa Ustaz utk minta do'a ? Sebab saya rasa org yg bertaubat ni ialah orang awam, maksudnya org yg tiada atau kurang pengetahuan agama. Dan yg penting sekali ialah, apabila orang awam macam saya ni minta tolong org soleh, ada kelainannya berbanding kalau kami baca buku bagaimana utk bertaubat. Pergi ke ceramah agama duduk dekat2 dgn ustaz kat depan, belajar tentang solat tak sama macam kami orang awam ni baca buku pasal solat. Jumpa org soleh, tanya mengenai sesuatu perkara tentang agama tak sama macam kami pi beli buku pasal agama dan cuba baca. Sebab itu, ada satu nasyid menyebut, salah satu cara utk bersihkan hati ialah dengan berkawan dengan org2 yg soleh.

Kami ni orang awam je, iaitu orang yg tak pi mana2 universiti atau sekolah pondok/madrasah utk belajar agama.

Dan kepada yg belajar agama ni dan yg bertaubat, bila pi ceramah agama, cubalah duduk dekat2 sikit dgn Ustaz. Lepas tu, next time, bila pi ke ceramah ustaz yg sama, cuba duduk kat belakang sekali. hehe...;-) bukanlah tujuan nak suruh buat benda tak baik, tapi nanti boleh tau sendiri perbezaannya.

Mudah2an kita semua akan sentiasa bertaubat kepadaNya dan mohon maaf jika ada yg terasa dgn tulisan saya ini. Saya tidak sekali2 menulis utk menunjuk2 atau utk riak dan mohon di jauhkan Allah samasekali dari perasaan ujub atau riak. Allahlah yg Maha Sempurna dan Segala Puji itu bagi Allah, Tuhan Pencipta kita, Yg lebih Mengetahui.

Wallah hu a'lam

Tiada ulasan: