Jumaat, 15 Jun 2007

Assalamu'alaikum

Ini adalah posting saya yang pertama setelah tidak mem'blog' buat beberapa lama. Oleh itu, mungkin terdapat banyak kelemahan dari segi layout dan design. Susah juga nak customize. Saya juga mengharapkan tunjuk ajar dan nasihat dari segi agama jika ada yg saya tulis tidak betul atau kurang tepat. Saya hanyalah org awam.

Lillahi Ta'ala
Segala yang kita lakukan hendaklah Lillahi ta'ala - kerana Allah Ta'ala semata2. Samaada untuk mendapatkan kasih sayang Allah atau mendapatkan keredhaannya. Inilah keikhlasan yang paling tinggi. Maha Suci Allah yang Maha Tinggi dan Maha Penyayang terhadap hamba2nya yang ikhlas.

Mudah2an kita tergolong ke dalam golongan yang benar2 ikhlas Lillah Hi Ta'ala.

Fakir
Apa yang kita ada ? Kita bernafas guna oksigen. Siapa cipta oksigen ? Boleh manusia cipta oksigen untuk memenuhi satu bumi ini ?

Kita berfikir menggunakan otak. Siapa cipta otak manusia ? Boleh manusia cipta otak artificial yg mempunyai perasaan ?

Dan yang paling pelik sekali, manusia berjaya cipta clone biri2. Tapi adakah pakar yg berjaya cipta clone biri2 tu juga "membekalkan" nyawa kepada clone biri2 tersebut ? Jadi siapa pulak yang bagi nyawa pada biri2 tersebut ? Iaitu yg beri nyawa/roh kepada kita.

Cubalah bayangkan jika Allah tiada mempunyai sifat Ar-Rahman, Ar-Rahim. Tiap kali kita mengumpat misalannya, Allah tarik balik nikmat mulut dan pita suara kita, sebagai denda sebab mengumpat, so tak blh cakaplah. Apabila kita tak solat, Allah block oksigen sampailah kita pi solat. Maha Suci Allah, dgn sifat Ar-Rahman, Ar-RahimNya dia bagi juga walaupun ada manusia derhaka kepada dia. Marilah kita sentiasa bersyukur kerana Ar-RahmanNya, Ar-RahimNya.

Habih tu, kita dapat oksigen dari Allah, pita suara (bercakap) dari Allah, nikmat dpt berfikir dari Allah, rezeki anak, duit gaji, semuanya dari Allah. Ye lah, kalau Allah ilhamkan pada boss kita supaya pecat kita ke, tak ke kita tak de keje. Atau Allah ilhamkan supaya takde customer dtg kpd boss kita. So, boss kita pun lama2 takde duit nak bayar gaji kita. Dlm perkataan lain, dgn izin Allah jualah kita boleh dapat gaji. So, semuanya kena datang dari Allah atau dengan izin Allah, habeh tu, apa yg betul2 dari kita *sahaja* ? Maksudnya, ada tak sesuatu yg ada pada kita ini, adalah 100% hasil kita, tanpa ada sebarang campurtangan Allah ? Takde, so, takke kita ni fakir sebenarnya ?

Dan sebagai org yg fakir, yg mana kesemuanya dgn izin Allah, kenapa kita tak nak sembahyang 5 waktu juga untuk bersyukur kepada Allah atas oksigen yg kita dapat ? Kenapa kita tak nak pi sembahyang Jumaat utk mendengar nasihat ? Kenapa bulan posa kita pi beli mkn tgh ? Kenapa kedekut sangan utk bagi zakat pendapatan walhal Allah dah sebut dlm Al-Quran ? Kenapa tak nak baca Al-Quran ? Sanggup main bola, sanggup cari bisnes/customer sampai balik tgh mlm, tapi tak sanggup nak pi mesjid utk dengar kuliah ?

Bertaubatlah dan bersyukurlah kpd Allah sebelum Allah "denda" kamu dengan kematian.

Mudah2an tulisan saya ini memberi kesedaran kepada pembaca untuk kepada bertaubat kepadaNya.

Wallahu'alam.

Iman

Rasullulah S.A.W. Bersabda, “Tidak sempurna Iman seseorang sehingga dia menyintaiku lebih daripada dia menyintai anaknya, kedua orang tuanya, dan manusia seluruhnya”

Tafsir Hadith - Radio Brunei Rangkaian Nur Islam


Dari Muaz bin Jabal, Rasullulah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:-

Aku tinggalkan wasiat kpdmu iaitu jgnlah tinggalkan doa ini,


"Ya Allah Ya Tuhanku

Tolonglah Aku untuk aku sentiasa mengingatiMu dan bersyukur dengan nikmatMu dan mengerjakan seelok2 ibadat kepadamu"


Tafsirannya

"Jgn tinggalkan doa", bermaksud utk supaya tidak melupakan doa ini atau sentiasa membacanya selepas solat. Mengingati Allah, iaitu Zikrullah - takut dan harapan terhadap Allah, belajar dan mengajar agama. Kerana dunia telah menyibukkan hamba. Mereka yg sibuk dgn dunia2 semata2 adalah org yg cuai.


Bersyukur dengan nikmat Allah (cth: Alhamdullilah, Subhannallah, menyerah bulat2 kpd Allah dan redha kpd Allah) dan mengerjakan seelok2 ibadat kepadamu. Berdoalah nescaya Allah akan mengabulkannya. Berdoa dengan penuh pengharapan dan rendah diri.


Musibah

Apabila menghadapi kesukaran atau kesusahan atau musibah, sebutlah “Innalillah hi wainna, ilaihi....”

"Barangsiapa yang mempelajari ilmu demi bertujuan untuk menyaingi para ulama’, dan berdebat atau mengalahkan orang jahil, atau mencari pandangan (penghormatan) manusia padanya maka dia akan berada di neraka”

(Hadith Sahih,Riwayat Tirmidzi no. 2578 dan Ibn Majah no.249)

Manakala dalam hadith yang lain baginda juga pernah bersabda :

“Siapa yang mempelajari ilmu selain mencari redha Allah, dan mempelajarinya bertujuan untuk habuan dan ganjaran dunia maka tidaklah dia dapat (diharamkan) mencium bau syurga di hari akhirat”

(Hadith Sahih, Riwayat Abu Daud no. 3179)
PERIBADI MUKMIN

Tanda2 Mencapai
Nikmat Iman (Hawatul Iman)
* berdasarkan Hadis Shahih

1. Meletakkan Allah & Rasulnya lebih dikasihi dari yg lain.
- Allah yg paling utama (Allah hu Akhbar)
- mementingkan Allah kerana Allahlah yg menciptanya
- Antara kehendak Allah dan yg lain, kehendak/keutamaan Allah & Rasulnya diutamakan/

2. Tidaklah mengasihi seseorang itu melainkan kerana Allah semata2.
- Cth: kasih anak2, jadi didik anak2 kerana Islam
Maha Suci Allah. Segala Pujian & Kesyukuran kepada Allah SWT.
- Tidak pergi ke majlis2 yg ada pergaulan bebas atau tempat2 yg melanggar hukum Allah.
- Sayang supaya sama2 dpt masuk Syurga
- Kasih kepada isteri dgn mengajaknya solat apabila masuk waktu.

3. Benci utk kembali kufur sepertimana tidak suka Allah melemparkannya ke Neraka.
- Tidak akan kembali melakukan maksiat/kufur walaupun diberikan berjuta2 ringgit.

TAGHUT - kufur, maksiat, etc

Firasat
TAKUTLAH FIRASAT ORG BERIMAN KERANA IANYA MELIHAT SESUATU PERKARA BERDASARKAN ILHAM DARIPADA ALLAH. INI KERANA HATINYA BERSIH DARIPADA DOSA DAN MAKSIAT. MENDAPAT KEPIMPINAN DARIPADA ALLAH S.W.T. APABILA MELIHAT, MELIHAT DGN NUR ALLAH.
HANYALAH SETELAH BERUSAHA DENGAN AMAT BERSUNGGUH2 MEMBERSIHKAN DIRI DARI DOSA DAN MAKSIAT, SECARA ZAHIR DAN DI DALAM HATINYA.

YAKIN DENGAN SEYAKIN2NYA BAHAWA KEKUASAAN ALLAH ITU MENGATASI SEGALA2NYA. TIDAK GENTAR DENGAN YG LAIN KERANA YAKIN DGN KEHENDAK ALLAH.

Peringkat2 Yakin
----------------
1. Yakin berdasarkan ilmu
2. Yakin berdasarkan pandangan fizikal matanya
3. Yakin dengan kebenaran yg haq - dpt merasakan keyakinan itu di dalam hati (Haqqul Yakkin)


Keikhlasan
Ikhlas beribadat kerana Allah hanya semata2 kerana meminta keredhaanNya

Utk dapatkan nikmat iman ini, lakukan:-
1. Bykkan beribadat, zikir/wirid
Zikir 1,000 kali setiap kali, pelbagai wirid.

kita hidup lama lagi

Assalamu'alaikum.

Mudah2an kita sentiasa di rahmati oleh Allah S.W.T. Saya tulis sikit je.

"Enjoy dulu, kita ni muda lagi". Yg lain berkata "lama lagi nak mati...tak yah bertaubat".

Bukan nak kutuk ye. Saya minta maaf jika ada yg terasa. Cuba concentrate baca di bawah ni betul2.

Kalau kita baca Quran, Allah menceritakan bahawa ada beberapa golongan berkata sesama sendiri ketika di akhirat. Seorang bertanya berapa lama hidup di dunia manakala yang menjawab 10 hari dan ada yg jawab sekejap sahaja. Tidak kiralah berapa hari mereka kata, tetapi kira tak sampai 2 minggu. Kalau setiap hari kita datang pejabat, hujung minggu ada aktiviti sahaja, maka 2 minggu tu sekejap sahaja kita rasakan bukan ?

Berdasarkan di atas, kita dah blh imagine ye, masa kita di akhirat nanti, kita akan rasa kita hidup di dunia ni sebentar sahaja, hidup di dunia ni macam kita duduk khusyuk tengok wayang je, tup tup...dah tamat. Jadi yg kita akan rasa kita duduk amat lama ialah di akhirat itu nanti berbanding hidup di dunia.

Di Malaysia ni, kalau perogol akan di hukum sebat. Hukuman sebat ni kena 3 atau 4 kali di punggung, terus koyak kulit punggong ni sampai nampak daging punggong. Lepas kena sebat kali ke 4, pesalah tu sebut "Allah" sambil punggongnya kembang-kuncup menahan kesakitan yg amat sangat. Ni saya tengok sendiri org kena sebat.

Memanglah insya'allah semua org yg beriman (walaupun sedikit imannya) akan dapat masuk syurga akhirnya. Tapi bayangkan, kita kena masuk neraka dahulu. Dan panasnya api neraka membakar kulit kita berkali ganda lebih sakit daripada kena hukuman sebat yg saya cerita di atas. Itu pun kulit kita akan dibakar sehingga ke daging dan kemudian ke tulang sampai hancur, kemudian akan di "generate" kan semula, kemudian di bakar semula seluruh tubuh kita, di generate semula, di bakar semula seluruh tubuh, sehinggalah kemudiannya dgn Rahmat Allah, dapatlah masuk syurga. Sanggup tahan kena bakar kat neraka ?

Terpulanglah pada anda, nak buat lawak dgn nasihat ni pun ikut suka saya tak marah, sebab hidayah tu milik Allah, tapi janganlah kita bagi alasan, "takde hidayah". Perlu berdo'a mudah2an Allah beri hidayah atau petunjuk kepada kita utk bertaubat dengan sebenar2 taubat dan kembali kepada jln yg Allah & RasulNya. Bagaimana nak berdoa ? Maka pasang niat dulu dalam hati dan sebut sekadar kita boleh dengar "aku nak taubat kpd Allah, aku nak taubat kpd Allah, aku nak taubat Allah". mudah2an kalau di dengari oleh mala'ikat, mala'ikat akan berdo'a supaya Allah bantu kita bertaubat dan dilindungi dari godaan syaitan. Kemudian, kuatkan semangat dan iltizam, make sure dah ada berdekatan mesjid pada salah satu waktu2 berikut:-

7.15 ptg
8.30 mlm
1.10 tgh
4.30 ptg

Ini bagi yg tinggal di area KL/Lembah Klang. Tak lama kemudian, kamu akan dengar azan dan apabila habis azan, menghadap kiblat (kalau tau wudhu' ambil wudhu'), berdo'alah dgn bersungguh2, merendah diri laksana seorang pesalah yg kena hukum oleh hakim, menundukkan muka, mengharapkan hanya kepada Allah untuk mengampunkan dan menerima taubat.

"Ya Allah Yg Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat
Yg Maha Mendengar dan Melihat
La'ilaha'illah Astagfirullah Hal Azim
aku telah membuat dosa (sebut dosa kamu jika ianya banyak atau ingatkan dosa tersebut di dalam hati sahaja tanpa perlu menyebut)
tidak sembahyang
(jika tidak sembahyang)
aku akui Ya Allah segala dosa2ku
tolonglah jgn timpakan aku dgn bala di dunia
ampunilah aku dan aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar2 taubat
Aku takut akan api nerakaMu, yg kekal membakar org2 mempunyai dosa seperti aku maka terimalah taubatku dan lindungilah aku dari api nerakaMu yg sangat panas"


Kalau tak boleh atau tak sempat, call sesiapa yg kita kenal selalu berjemaah di mesjid, minta dia do'akan supaya kita kembali bertaubat. Kalau malu, belanjalah dia makan tgh ke, mintak dia tutup mulut jgn bagitau org lain. ;-)

Orang yang nak bertaubat ni akan dapat banyak godaan syaitan. Maka lepas bertaubat pi mesjid yg ada ceramah agama, lepas habis ceramah tersebut, jumpa ustaz, bagitau nak jumpa personally. Atau lepas habis khutbah jumaat, jumpa Imam mesjid bagitau nak jumpa personally. Beritahu ustaz/imam bahawa kita dah bertaubat atau nak bertaubat. Jangan beritahu dosa/kesalahan kita yg lampau. Kalau dia tanya, jawab, "Maaf itu antara saya dan Allah". Sebab kalau kita "hide" dosa kita, insya'allah Allah akan tutup kesalahan kita di akhirat kelak. Kemudian minta ustaz tu do'akan kita supaya Allah tolong kita, pimpin kita utk bertaubat, lindungi kita dari godaan syaitan dan menjadi manusia yg benar2 beriman dgn sebenar2 iman dan bertakwa dgn sebenar2 takwa. Dan minta ustaz tu tunjuk ajar kita macammana nak bertaubat.

Mungkin ada pertikaikan, kenapa perlu jumpa Ustaz utk minta do'a ? Sebab saya rasa org yg bertaubat ni ialah orang awam, maksudnya org yg tiada atau kurang pengetahuan agama. Dan yg penting sekali ialah, apabila orang awam macam saya ni minta tolong org soleh, ada kelainannya berbanding kalau kami baca buku bagaimana utk bertaubat. Pergi ke ceramah agama duduk dekat2 dgn ustaz kat depan, belajar tentang solat tak sama macam kami orang awam ni baca buku pasal solat. Jumpa org soleh, tanya mengenai sesuatu perkara tentang agama tak sama macam kami pi beli buku pasal agama dan cuba baca. Sebab itu, ada satu nasyid menyebut, salah satu cara utk bersihkan hati ialah dengan berkawan dengan org2 yg soleh.

Kami ni orang awam je, iaitu orang yg tak pi mana2 universiti atau sekolah pondok/madrasah utk belajar agama.

Dan kepada yg belajar agama ni dan yg bertaubat, bila pi ceramah agama, cubalah duduk dekat2 sikit dgn Ustaz. Lepas tu, next time, bila pi ke ceramah ustaz yg sama, cuba duduk kat belakang sekali. hehe...;-) bukanlah tujuan nak suruh buat benda tak baik, tapi nanti boleh tau sendiri perbezaannya.

Mudah2an kita semua akan sentiasa bertaubat kepadaNya dan mohon maaf jika ada yg terasa dgn tulisan saya ini. Saya tidak sekali2 menulis utk menunjuk2 atau utk riak dan mohon di jauhkan Allah samasekali dari perasaan ujub atau riak. Allahlah yg Maha Sempurna dan Segala Puji itu bagi Allah, Tuhan Pencipta kita, Yg lebih Mengetahui.

Wallah hu a'lam